Friday 7 December 2018

Civic Cleanser Rice Milk

Sebut kata produk skincare ni.dari made in Usa.Uk.Ostrolia.Eropah2 aje.Siam mari mmg xde la nk pakai.Yg skincare tempatan lagila  takut nak pakai.
dari beli kat Supermaket.Watson.Guardian.Pharmacy.
Hinggalah aku direct order dari obersea sana.
Dari yg beli single item hinggalah berset set.dari cleanser.toner dan segala maknenek.Dari yg harga puluh puluh hingga ratusan ringgit aku relakan utk skincare ni.
Dah 5 thn aku hambakan diri guna produk2 import dan local.
Xjgk gebu.xjgk flawless.xjgk xjgk.
Belum lg aku crita bab pakej ribu riban aku ambik kat mcm mcm spa.estetik la segala mcm. menggebu??? ohhh xjgk xjgk xjgk
Dah skrg aku malas dahhh
apa yg aku guna skrg serbuk kulit rambai yg bersepah kat pasar dlm market especially dlm pasar siti Khadijah Kota Bharu plus pencuci muka beras made in Thailand. 
Kenapa aku tetiba blh terpakai yg made in Siam ni.
      Sebabnya kalo korang pegi Siam sana.xde satu produk import pon msk ke dalam pasaran diaorg.Semua made in Thailand. Kat situ aku mula confident skit. Kalo diaorg Siam kulit elok2 pakai produk dr spesis diaorg je.kenapa aku nak takut.
Dek kerana tu...try la beli sabun beras siam
dengan harga 8
Nak tgk apa ke benda nye..
Ni haa..
Cleanser Beras Siam

Since dah guna dlm 2mgu ni..ok best.sama rasa mcm yg dok gila beli ratus ratus dulu.mgkn sekarang aku amal makan GARLIC OIL sama.jd dia bantu secara dalaman jgk.

Dia punya tekstur ada biji2 halus..beras la kot.blh jd mcm scrub jgk.
Mgkn muka aku ni dah penat dgn produk mahal.sekarang dia nk hadam yg murah murah je.Hah tepokšŸ¤£šŸ¤£.Maka aku dengan ini berterima kasih dgn minah Siam yg aku jumpa di Hatyai dulu sbb bagi aku keyakinan yg cukup padu utk aku beralih kepada produk import dr negara Gajah Putih ni.



Friday 18 May 2018

Romadan tiba ...romadan tiba
Marhaban ya ramadan


Moga Allah jadikan subuhmu ceria,
dhuhurmu bahagia,
asarmu terpelihara,
maghribmu bermakna
dan isyakmu memberi keberkatan selamanya.
Moga doamu tidak ditolak, rezekimu diluaskan
dan dibuka pintu syurga yang tiada tandingan.



Friday 9 June 2017

PROJEK DEKO TOILET II


Ahkirnya inilah finishing projek deko toilet 2017... Gabungan kemasan chipping dan kombinasi 2 jenis design tiles pada dinding bercorak batuan dan jalur menegak  menjadi pilihan utk toilet kedua ni. Untuk menaikkan sedikit seri dan menghidupkan suasana segar di dalam toilet ni..Aku letakkan gubahan lavender di dalam tin untuk menampilkan konsep english cottage la sangat..koleksi koleksi souvinir hotel yang aku kutip setiap kali menginap turut aku jadikan bahan hiasan untuk melengkapkan toilet aku ni..Inilah yang mampu aku persembahkan buat santapan mata dan khasnya buat ibunda aku Hajjah Zainun.

Thursday 8 June 2017

PROJEK DEKO TOILET

Haa....menjelang hari raya ni..org dok sibuk ke kedai cari tepung gandum.aku ni sibuk ke kedai mozek la..tiles laa..utk projek mega tahun ni iaitu ubahsuai bilik air kedua setelah projek ubah suai bilik air ketiga dh selesai tahun lepas 2016.


Tu dia hasil ubahsuai yg berkeluasan kurang lebih 48kaki giteuww.belum pon dibersihkan lagi tu..berdebu dengan habuk2 simen...excited nak oiii ...kisahnya...table top utk kabinet sinki aku konkrit dan kemasannya aku guna batu "chipping" saiz 5 yg berharga Rm24 seguni yg blh genap laa utk buat sinki tu..dan ada baki lebih sikit..harga batu chipping ni bermula dari harga RM22 hingga RM26 paling mahal laa..gred plak utk buat kerja2 mcm ni sesuai no 5...kalo no 3 halus sgt dan kos pon tinggi sebab kena guna simen khas....utk batu "chipping jenis no 5 ni blh guna simen biasa je..so kos dia agak murah.upah pon RM300 utk binaan konkrit dan kemasan batu tu.


Haaa ni yg rupa sebelum kejadian..rumah aku ni xde saliran air kerajaan maka air nye xbersih dan kuning..maka...nya tiles yg kaler putih sgt mengotorkan keadaan dan buat tgn aku ni dh kesat mcm tiles heavy duty dah akibat kesan guna asid sebagai pencuci mozek....

Keindahan bilik air hak milik setiap insan.kerana bilik air adalah zon kedua selepas blk tido..sbg tempat istirehat  yg perlu keselesaan tahap dewa dewa.


Tuesday 25 April 2017

Sebenarnya dah lama aku nk tulis blog.tp bila je ngadap lappy.shopping web yg aku belek.finally hari ni ..inilah hasilnya.


Entri sulung aku ni..aku review balik perjalanan aku sbg seorang guru yg mempunyai 2 orang anak dan berstatus isteri juga kepada seorang guru.

Aku ni seorang manusia yg tdk blh duduk lama di zon selesa.aku sukakan hidup penuh cabaran.kononnya laa..tapi ditengah tengah cabaran yg aku hadap adakala aku rabak jgk.

Dah nama manusia.xpyh kata hebat mana pon.tetap ada jiwa.bila dah kata ada jiwa.mesti ada air mata..tanpa airmata bknlah manusia namanya.

Maka....nya...xpyh kata hati kering atau nak ngaku hati kering sgtlah...istilah hati kering ni pada aku xbrapa nk kena dlm iklim khatulistiwa ni. Mulut je blh ckp hati kering..tapi dalam hati ada taman perumahan..taman herba..segala mak nenek taman.

Sudahnya..entri aku kali ni nak kata..aku ni adalah pendidik yg berjiwa seni tp bkn cikgu seni. Jiwa aku suka dekati bdk2 yg byk peel..byk ragam.yg spesis ali setan tu.

Itulah aku...
....jiwa aku
...sifat aku
....kecintaan aku

Next entri aku crita pehal aku tetiba buang tebiat menulis blog.okeh.


Bumi mana yg aku pijak.disitu langit aku junjung

Civic Cleanser Rice Milk

Sebut kata produk skincare ni.dari made in Usa.Uk.Ostrolia.Eropah2 aje.Siam mari mmg xde la nk pakai.Yg skincare tempatan lagila  takut nak ...